HomeUtamaLima ADUN UMNO Sabah kekal pendirian sokong Hajiji

Lima ADUN UMNO Sabah kekal pendirian sokong Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan pendirian mereka menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama lima ADUN tersebut hari ini iaitu Datuk Ir. Shahelmey Yahya, ADUN N27 Tanjung Keramat, Datuk Jasnih Daya, ADUN N13 Pantai Dalit, Datuk James Ratib, ADUN N48 Sugut, Datuk Dr Yusuf Yacob, ADUN N35 Sindumin dan Datuk Mohd Arsad Bistari, ADUN N9 Tempasuk.

“Kami telah dikejutkan oleh tindakan beberapa pihak tertentu khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah
yang telah berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang sah.

“Kami rasa terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret ke dalam krisis politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami dengan ini mengisytiharkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri yang sah di sisi perlembagaan,” kata kenyataan itu.

Mereka juga menegaskan mahu kestabilan
politik yang telah wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat.

“Bersama-sama dengan aspirasi rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa ini bukan masanya untuk merebut kuasa politik. Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Bersama-sama kita berdoa semoga kemelut politik ini segera berakhir agar usaha untuk memakmurkan Negeri Sabah yang tercinta ini dapat diteruskan.

“Dengan itu, kami sekali lagi menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah,” ujar lima ADUN tersebut.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular