HomeUtamaPadah buat laporan palsu

Padah buat laporan palsu

Read Time:1 Minute, 1 Second

KUCHING: Seorang wanita ditahan kerana membuat laporan palsu menjadi mangsa samun, demi mengelak membayar denda untuk menggantikan kad pengenalan baharu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata penahanan wanita berusia 42 tahun itu dilakukan selepas polis mendapati, wujud keraguan dalam laporan yang dibuatnya pada kira-kira jam 12.42 petang, 6 Januari lalu.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat suspek mendakwa, disamun dua lelaki dengan menggunakan pisau ketika berada di dalam kereta pada jam 6.50 petang, 5 Januari lalu di Tebingan Kuching.

Ahsmon berkata, akibat kejadian suspek turut mendakwa, mengalami kerugian sebanyak RM2,000 dan kehilangan dokumen penting iaitu kad pengenalan, kad bank serta telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mendapati wujud keraguan dalam laporan polis yang dibuat.

“Siasatan turut mendapati, suspek mengakui membuat laporan palsu dirinya disamun bagi mengelakkan daripada membayar denda untuk menggantikan kad pengenalan yang baharu memandangkan ini adalah kali kedua dia kehilangan kad pengenalan,” katanya lapor Berita harian

Susulan itu, Ahsmon berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya sepanjang tahun lepas, pihaknya merekodkan sebanyak 13 laporan palsu yang dibuat.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya