HomeIsu tempatanBanjir : Angka mangsa melepasi paras angka lebih 1,000 orang

Banjir : Angka mangsa melepasi paras angka lebih 1,000 orang

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa yang terjejas banjir di Sabah telah melepasi paras angka lebih 1,000 orang apabila seramai 1,421 mangsa dipindahkan ke 11 pusat penempatan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa yang dipindahkan adalah melibatkan sebanyak 495 ketua isi rumah (KIR).

“Sehingga jam 8 malam tadi, sebanyak 11 buah PPS telah dibuka melibatkan empat buah daerah yang terjejas banjir.

“Antara daerah yang terjejas adalah Paitan; Pitas; Kota Marudu dan Kudat,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan daerah Kota Marudu merupakan daerah tertinggi merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 806 mangsa melibatkan 353 KIR.

Selain itu, daerah Kudat turut merekodkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 381 mangsa melibatkan 77 KIR dan Paitan merekodkan seramai 155 mangsa melibatkan 44 buah KIR.

Daerah Pitas merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir seramai 79 mangsa melibatkan 21 KIR.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan itu, sebanyak enam lagi PPS melibatkan empat di Kota Marudu dan dua di Paitan kini masih dalam proses pemurniaan data oleh pihak berwajib.

Sehubungan itu, trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan dengan pertambahan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya