HomeIsu tempatanMangsa bot karam ditemui selamat terapung bersama tong bekas minyak

Mangsa bot karam ditemui selamat terapung bersama tong bekas minyak

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhampiran Karambunai Nexus Resort dekat sini semalam, ditemui selamat oleh pasukan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, misi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari kedua, mangsa ketiga insiden bot karam itu berakhir hari ini selepas mangsa ditemui selamat oleh pihak APMM pada jam 1.44 petang tadi.

“Mangsa dikenali sebagai Morris Dulin, 69, telah ditemui selamat di tengah laut dalam keadaan terapung selama lebih 24 jam sambil berpaut bersama tong bekas minyak (gallon).

“Mangsa seterusnya dibawa ke pangkalan APMM untuk diserahkan kepada pihak Ambulans dan operasi SAR ditamatkan pada jam 1.50 petang tadi.

Semalam, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi daripada orang awam mengenai sebuah bot nelayan dipercayai karam akibat dipukul ombak berhampiran kawasan Karambunai Nexus Resort.

Terdapat tiga orang mangsa terlibat, dua mangsa berjaya menyelamatkan diri berenang ke lagoon Karambunai manakala seorang lagi mangsa masih hilang (Morris).

Dua mangsa yang terselamat dikenali sebagai Modilis Morris, 41, dan Masran Awangkie, 40.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya