HomeIsu tempatanALPH eratkan hubungan hospital dan komuniti

ALPH eratkan hubungan hospital dan komuniti

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) memainkan peranan penting sebagai pengerat perhubungan diantara pihak hospital dan komuniti.

Pengerusinya, Harjono Harno berkata, ALPH turut memainkan peranan dalam komunikasi awam yang positif termasuk memberi penerangan jelas kepada masyarakat tentang kemudahan dan perkhidmatan hospital. 

“Selain itu, kita turut mengadakan lawatan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh hospital seluruh Malaysia berkaitan perkhidmatan kepada pesakit terutamanya penghidap talasemia. 

“ALPH juga telah menyumbang empat buah kerusi aluminium (five seater link) untuk kegunaan wad kerana ini merupakan antara keperluan utama pesakit atau keluarga sementara menunggu rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina 2023 di Auditorium Hospital Queen Elizabeth yang turut dihadiri Pengarahnya, Dr William Gotulis dan Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim. 

Hadir menyerikan majlis, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni yang turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan kepada 55 pesakit Talasemia.

Harjono berkata, perancangan untuk menyumbang kerusi roda bersifat heavy duty untuk kegunaan komuniti hospital kini sedang dalam perbincangan.

Majlis yang diadakan buat julung kali dengan kerjasama Persatuan Talasemia Sabah dan pihak pengurusan Hospital Queen Elizabeth tersebut bertujuan meraikan golongan yang berdepan ujian hidup khususnya pesakit talasemia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua pensyarah UMS terima pengiktirafan sebagai Felo IKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular