HomeIsu tempatanJTU Sabah adakan lawatan pemeriksaan NCR Kg Togudon

JTU Sabah adakan lawatan pemeriksaan NCR Kg Togudon

Read Time:1 Minute, 7 Second

PENAMPANG: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah mengadakan lawatan pemeriksaan ke Kampung Togudon Penampang untuk pengesahan pendudukan Anak Negeri Sabah (NCR) dalam kawasan perkampungan tersebut.

Pemeriksaan NCR Kg.Togudon itu dilaksanakan susulan cadangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick kepada kerajaan negeri khususnya JTU supaya kampung itu dimasukkan dalam program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS).

Lawatan itu dikendalikan oleh Pejabat Tanah Daerah Penampang bersama Pejabat Jurukur Bahagian Pantai Barat Selatan, kelmarin.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian mencadangkan supaya Program PANTAS dilaksanakan di Kg.Togudon.

“Mereka berhadapan dengan isu pemilikan tanah (geran), walaupun sudah berada di situ puluhan tahun dan mengusahakan tanah untuk pertanian namun masih tidak ada geran tanah kerana keadaan tanah yang curam.

“Oleh itu, saya berharap Program PANTAS dapat dilaksanakan di Kg.Togudon Penampang. Saya telah bincang cadangan ini Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Secara prinsip dipersetujui untuk diadakan Program PANTAS di sini dan sebab itu saya amat hargai komitmen dan tindakan pantas Jabatan mengadakan pemeriksaan di lapangan,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Februari yang lepas, Ewon mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan cadangan mengadakan Program PANTAS bagi mengatasi isu pemilikan tanah penduduk Kg Togudon dan cadangan menukar status rezab padang ragut kepada rezab tanah kampung di Kg Tinduuzon Sugud dan Kg Babagon Timpangoh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular