HomeSukanMembudayakan sukan bola jaring dari akar umbi - Juliah

Membudayakan sukan bola jaring dari akar umbi – Juliah

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk persatuan sukan, jurulatih, ibu bapa, guru-guru dan pihak berkaitan perlu memainkan peranan membudayakan sukan bola jaring bermula dari peringkat akar umbi, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, aspek itu perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh semua pihak selaras dengan pernyataan Dasar Sukan Negeri Sabah, 2021 iaitu ke arah pembentukan budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri.

Menurutnya, sukan bola jaring mengakhiri penantian selepas 20 tahun dan telah dapat beraksi dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2022.

“Saya yakin dan percaya, sekiranya prestasi sukan bola jaring menunjukkan peningkatan dan prestasi yang semakin baik di peringkat negeri dan kebangsaan Insyaallah, pihak Kementerian Belia dan Sukan pasti akan terus memberi peluang kepada sukan bola jaring untuk disenaraikan dalam Temasya SUKMA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja 2023 di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, hari ini.

Sehubungan itu Juliah berharap Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) akan terus aktif dan cemerlang dalam memainkan peranan sebagai badan induk sukan bola jaring di negeri Sabah.

Beliau juga berharap lebih banyak persatuan bola jaring daerah akan diwujudkan di seluruh Sabah bagi menyokong persatuan negeri dalam pembangunan sukan bola jaring negeri ini.

Katanya, Kejohanan Bola Jaring Piala Remaja yang julung kali dianjurkan oleh SABANA harus diadakan secara berkala sebagai platfom untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat yang boleh diketengahkan sebagai pemain pelapis bagi mewakili negeri Sabah di peringkat kebangsaan, SUKMA dan seterusnya mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Juliah berkata, mulai tahun ini SABANA akan menjadikan kejohanan remaja itu sebagai program dwi-tahunan persatuan itu.

Beliau berharap semua pasukan yang menyertai kejohanan tu bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menerusi persaingan yang sengit akan meningkatkan mutu sukan bola jaring di negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular