HomeUtamaJKR digesa laksana pembaikan segera kerosakan struktur bumbung di Muzium Sabah

JKR digesa laksana pembaikan segera kerosakan struktur bumbung di Muzium Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kerja Sabah (JKR) digesa untuk memperbaiki segera kerosakan struktur bumbung berhadapan pintu galeri di bangunan utama Jabatan Muzium Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera kerana ia akan mendatangkan bahaya kepada kakitangan jabatan dan juga pengunjung.

“Pengunjung khususnya pelancong antarabangsa kini sudah mula mengunjungi Sabah.  Muzium Sabah merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di negeri ini dan jarring yang dipasang bagi menghalang serpihan daripada jatuh kebawah juga berbahaya kepada pengunjung.

“Saya difahamkan kerja pembaikan di kawasan yang rosak sudah lama tertangguh memandangkan masalah itu bermula sejak Jun 2020, dan tindakan segera sepatutnya diambil sejak itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Justeru itu, Christina mendesak agar perkara ini diambik tindakan segera agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kakitangan termasuk pengunjung.

Katanya, JKR telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan segera selepas menerima laporan mengenai kejadian keretakan bumbung yang berlaku pada 2020.

Dalam pada itu, Jabatan Muzium Sabah telah dinasihatkan untuk menggunakan peruntukan untuk melakukan pembaikan segera dengan memasang jaring dan mengeluarkan serpihan, sementara menunggu anggaran kos oleh JKR.

Setahun kemudian, JKR meminta pihak Muzium Sabah menyalurkan sejumlah RM231,055 bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera oleh JKR.

Pertemuan terakhir kedua-dua jabatan itu diadakan pada September 2022 di mana dilaporkan jumlah wang berkenaan disalurkan oleh Muzium Negeri kepada JKR untuk kerja-kerja baik pulih bumbung adalah tidak mencukupi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular