HomePolitikKemenangan Shahelmey di Parlimen Putatan kekal 

Kemenangan Shahelmey di Parlimen Putatan kekal 

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU —Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya kekal sebagai Ahli Parlimen Putatan selepas Mahkamah Pilihan Raya, menerima bantahan awal terhadap petisyen pilihan raya difailkan calon Pakatan Harapan (PH), Awang Husaini Sahari.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Wong Siong Tung ketika prosiding yang dikendalikan melalui aplikasi Zoom, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Siong Tung turut menganugerahkan kos sebanyak RM10,000 kepada Shahelmey.

Awang Husaini memfailkan petisyen pilihan raya itu pada 29 Disember 2022 bagi mengisytiharkan kemenangan Shahelmey di kerusi Parlimen Putatan pada PRU-15 sebagai tidak sah.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat memenangi kerusi Parlimen Putatan atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 dengan majoriti tipis 124 undi.

Pertandingan empat penjuru di kerusi berkenaan menyaksikan Shahelmey mendapat 16,234 undi, mengalahkan Awang Husaini yang mendapat 16,110 undi.

Dua calon lagi iaitu Awang Mohd Said dari Parti Warisan (Warisan) dan Patrick Payne dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), masing-masing mendapat 8,511 undi dan 394 undi.

Awang Husaini menamakan Shahelmey sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah kemudian memfailkan bantahan awal pada 13 Februari lalu untuk mengetepikan petisyen pilihan raya yang difailkan Awang Husaini.

SPR juga memfailkan permohonan yang sama pada tarikh berkenaan dan dibenarkan oleh mahkamah pada prosiding hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular