HomeIsu tempatanAlesyah Asa terima Anugerah Pelajar Kolej Vokasional Terbaik Negara

Alesyah Asa terima Anugerah Pelajar Kolej Vokasional Terbaik Negara

Read Time:1 Minute, 19 Second

KENINGAU: Alesyah Asa, pelajar jurusan Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional keningau, telah terpilih sebagai penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan pada 11 Mac lalu semasa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia bagi graduan-graduan tahun 2022.

Majlis Konvokesyen yang berlangsung dari 6 Mac hingga 11 Mac 2023 itu bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia dan ianya turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Alesyah menerima anugerah tersebut merupakan salah satu anugerah paling berprestij dan diberikan kepada pelajar terbaik secara menyeluruh antara semua kolej vokasional di Malaysia. 

Menurutnya, Alesyah Asa menerima anugerah sebagai pelajar terbaik Program Teknologi Pembinaan di peringkat kebangsaan pada 6 Mac 2023 sebelum dianugerahkan sebagai pelajar terbaik kolej vokasional secara keseluruhan pada beberapa hari kemudian oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Dia menerima plak beserta sijil dan wang tunai berjumlah RM3,000.

“Alesyah telah menempa banyak pencapaian dan antara kejayaan terbesarnya adalah menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya bergelar 10 finalis terbaik bagi Global Student Prize pada tahun 2022 dan mengetuai pasukan sekolahnya untuk memenangi hackathon anjuran UNESCO pada 2020 dan menerima geran STEM berjumlah RM4,000 dari the Awesome Foundation pada tahun yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Alesyah juga pernah menyertai program pertukaran pelajar di Korea Selatan pada tahun 2019.

Sehubungan dengan pencapaian terbaik itu, Christine turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Alesyah yang berjaya menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar kolej vokasional yang lain bukan sahaja kerana pencapaiannya tapi akhlak, disiplin dan sifatnya yang peramah dan suka membantu orang lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya