HomeUtamaTiada sebarang pengeluaran dokumen berkaitan sijil banci - MKN Sabah

Tiada sebarang pengeluaran dokumen berkaitan sijil banci – MKN Sabah

Read Time:33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menafikan dakwaan isu berhubung sijil banci yang tular di media sosial baru-baru ini.

MKN Sabah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tiada sebarang pengeluaran dokumen berkaitan sijil banci.

“MKN Sabah juga menegaskan tidak pernah melantik mana-mana wakil atau orang tengah untuk menerima bayaran bagi pengeluaran apa-apa dokumen.

“MKN Sabah merasa kesal situasi ini telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memohon orang ramai agar tidak mudah terpedaya,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Justeru itu, orang ramai dinasihati menyemak sesuatu maklumat terlebih dahulu dan mengelak daripada berkongsi berita palsu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular