HomeIsu tempatanLapan lokasi Bazar Ramadan dibuka sekitar Kota Kinabalu

Lapan lokasi Bazar Ramadan dibuka sekitar Kota Kinabalu

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lapan lokasi Bazar Ramadan akan mula dibuka bermula esok sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, bazar yang dibuka seawal jam 2 petang itu akan diadakan selama sebulan sehingga 21 April depan.

“Antara lokasi Bazar Ramadan yang akan dibuka tahun ini sekitar Bandaraya Kota Kinabalu ialah di Lintasan Deasoka; tapak pasar malam Sembulan; tapak parkir bersebelah Bataras Indah Permai dan tapak parkir depan Daily Express Tanjung Aru.

“Selain itu, turut dibuka adalah di pasar malam inanam; tapak pasar malam Kingfisher; pasar malam Inanam Point dan tapak parkir Dewan Damai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan melaksanakan penutupan sementara lokasi yang terlibat dengan pelaksanaan Bazar Ramadan tahun ini.

Katanya, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menasihatkan para pengguna jalan raya, para pengusaha kedai berdekatan lokasi bazar, para peniaga dan pengunjung untuk mematuhi arahan anggota Penguatkuasa yang bertugas.

“Selain itu pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif serta tempat letak kereta lain yang berhampiran sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tapak parkir ini,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular