HomeUtamaJIM sahkan lima pegawainya ditahan berhubung seludup PATI di Sabah

JIM sahkan lima pegawainya ditahan berhubung seludup PATI di Sabah

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan penahanan lima pegawainya di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Pengarah JIM Dato’ Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan lanjut.

Katamya, pihaknya juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslin berkata, JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan ini sentiasa berada di tahap maksimum. 

Katanya, pelbagai program telah dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai imigresen.

“Selain daripada itu, jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran, ” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular