HomeIsu tempatanBayi perempuan dijumpai di belakang kereta Double Cab

Bayi perempuan dijumpai di belakang kereta Double Cab

Read Time:57 Second

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat masih bertali pusat dalam plastik merah dijumpai oleh orang awam di belakang baket kereta Double Cab jenis Mazda di Kampung Susulat, Sook pada Selasa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, bayi tersebut telah dijumpai oleh orang awam pada 25 April lalu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, laporan polis telah dibuat pada hari sama jam 4.41 petang.

Menurut laporan tersebut, ketika berada di rumah beralamat Kampung Susulat, Sook pengadu telah menjumpai seorang bayi perempuan yang cukup sifat dalam plastik merah yang masih bertali pusat berada di belakang baket kereta Double Cab jenis Mazda.

“Pengadu terus mengangkat bayi tersebut masuk ke dalam rumah seterusnya membawa bayi tersebut ke Klinik Kesihatan Sook untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bayi tersebut dalam keadaan stabil dan telah di hantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Nor Rafidah, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ho di talian 014-6304299,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya