HomeIsu tempatanLebih 4,000 peserta bakal meriahkan Raya-Matan

Lebih 4,000 peserta bakal meriahkan Raya-Matan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lebih 4,000 peserta dijangka akan menyertai pelbagai acara dan aktiviti yang diadakan sempena Program Raya-Matan sepanjang Mei ini.

Program yang diilhamkan daripada gabungan perayaan kebudayaan di negeri ini menerusi elemen tradisional Kadazandusun dan hiasan lampu Raya itu akan berlangsung di Centre Point Sabah (CPS).

Ketua Pemasaran Acara CPS berkata, acara yang diadakan itu adalah bagi mengingatkan semua masyarakat untuk sentiasa mengekalkan keindahan budaya Sabah selain menikmati perayaan bersama.

Selain itu katanya, pihaknya turut membawa keseronokan, cahaya, dan kegembiraan kepada semua pembeli melalui pelbagai aktiviti di pusat beli-belah sambil memelihara dan berkongsi pengalaman budaya dengan orang ramai.

“Sepanjang bulan Mei ini, CPS telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai, antaranya ialah acara Bah Tari! Pertandingan Tarian Kreatif (6hb Mei); CP Voice Up! Pertandingan Nyanyian Sugandoi (7 & 20 Mei); Little Glam Unduk Ngadau (13th May); Meet & Greet: Yazmin Aziz & Elica Paujin (21hb Mei); Pertadingan Karaoke Terbuka (15 – 19 Mei); dan Mall Wide Activity: Raya Treats (8hb Mei dan seterusnya).

“Bah Tari! Pertandingan Tarian Kreatif ialah acara pertama yang dianjurkan oleh CPS dan objektifnya adalah untuk memperkenalkan seni, budaya, dan warisan kepada pelancong, serta menyediakan hab untuk mengumpulkan semua peminat tarian.

“Kategori untuk pertandingan itu ialah “Persembahan Krew Terbuka,” di mana ia menggalakkan para peserta mempamerkan gerak tari kreatif mereka yang tidak dapat ditentukan atau digabungkan dengan genre tarian tradisional. Pertandingan itu adalah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah,”katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Selain itu, orang ramai boleh mengikuti halaman Facebook dan Instagram rasmi Centre Point Sabah untuk mengikuti sebarang pengumuman terbaru pusat membeli-belah.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara pusat beli-belah itu, orang ramai boleh menghubungi talian hotline di 011-74128785.  –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular