HomeIsu tempatanWanita Gagasan Rakyat lawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang

Wanita Gagasan Rakyat lawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang

Read Time:58 Second

KOTA BELUD: EXCO Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Hasrina Wati Datuk Golkhan bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Nurul Fadzilah Noordin melawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang, Kota Belud kelmarin.

Salah seorang mangsa yang terkesan daripada kebakaran yang melanda di Kampung Kesapang, Kota Belud merupakan seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Kota Belud.

Rumah yang telah beliau diami bersama keluarga termasuk keperluan peribadi telah musnah terbakar akibat kejadian itu.

Setelah menyantuni dan meluangkan masa mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian keluarga mangsa, Hasrina yang juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Usukan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai serta bantuan berupa bakul makanan mewakili Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda.

“Wanita Gagasan Rakyat amat bersimpati dengan kemusnahan harta benda milik PBB Khairul . Bak kata pepatah,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Meskipun tidak mampu menyelesaikan semua masalah, Wanita PGRS berharap agar sumbangan yang disampaikan akan mengurangkan semua kesulitan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga beliau dan keluarga terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian,” kata Hasrina dalam kenyataannya hari ini.

Rombongan amal itu turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Bahagian yang mewakili DUN Usukan dan DUN Tempasuk.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular