HomeUtamaOrang ramai perlu bersedia lebih awal hadapi El Nino bulan depan

Orang ramai perlu bersedia lebih awal hadapi El Nino bulan depan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort: Orang ramai disaran untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini selain sentiasa berwaspada dengan situasi cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Pembatu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, persediaan itu adalah bagi meminimumkan impak fenomena El Nino selain mengelakkan kepanikan yang melampau.

“Seperti semua sedia maklum, negeri kita khususnya dikawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan turut merasai cuaca panas yang telah berlaku sejak kebelakangan ini dan saya menyarankan agar rakyat sentiasa berwaspada dengan situasi yang boleh membahayakan kesihatan.

“Ia termasuklah menghadkan aktiviti-aktiviti harian terutama diluar rumah kerana kita bimbang ianya akan memberi kemudaratan kepada kesihatan individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan dan Ahli Parlimen Sipitang di Bandar Mingo di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga ADUN Lumadan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan situasi cuaca panas pada masa ini.

“Kita juga khususnya di DUN Lumadan telah bersedia selain bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam menyalurkan info-info berkaitan selain meminta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk menghebahkan perkara ini kepada rakyat.

“Ini adalah bagi memastikan rakyat kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan cuaca yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, lebih 5,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di daerah ini dan berhampiran hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya