Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Kota Kinabalu: Sektor pertanian menjadi antara penyumbang tertinggi kepada kadar kemalangan di tempat kerja yang dilihat berbahaya selain pekerja tidak terlatih.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Zulkifli Yahaya, statistik menunjukkan sektor perkilangan dan pembinaan juga menjadi antara penyumbang tertinggi kepada kadar kemalangan di tempat kerja.
Katanya, antara punca utama kemalangan di tempat kerja dalam sektor pertanian adalah sistem pengangkutan yang tidak sistematik hingga mengakibatkan kecederaan dan kematian.
“Justeru saya menyeru kepada majikan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan dan berusaha keras memastikan kawasan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat bagi menjamin keselamatan pekerja,” katanya.
Zulkifli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Hari Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan (KKP) anjuran Hospital Pakar KPJ di sini, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ, Mohamad Faizal Mohamed dan Pengarah Perubatan KPJ Sabah, Profesor Datuk Dr. Ajaz Ahmad.