HomeIsu tempatanTerus pertahan warisan budaya kaum, etnik - Arthur

Terus pertahan warisan budaya kaum, etnik – Arthur

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sook : Masyarakat di negeri ini diseru untuk terus mempertahankan warisan kebudayaan kaum dan etnik yang merupakan aset penting bagi sesuatu kaum.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jika warisan budaya dan kaum tidak dipertahankan maka ianya akan hilang identiti kaum tersebut.

“Oleh yang demikian, setiap orang khususnya golongan generasi muda harus mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri.

“Dengan ini, setiap amalan budaya tradisional akan terus kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Sook di sini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, tema ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ memberikan mesej jelas betapa pentingnya masyarakat untuk saling memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kekuatan perpaduan, kemakmuran dan kemajuan selama ini.

Katanya, turut menyeru masyarakat di Sabah untuk mengambil langkah yang berani dalam mendakap dan mengaplikasikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi memelihara serta menyebarluas warisan dan budaya turun temurun agar ianya tidak hilang ditelan zaman.

“Bidang teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam memelihara budaya dan tradisi yang merupakan identiti unik bagi negara kita.

“Justeru, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan meletakkan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebagai salah satu pemacu sosioekonomi dalam dokumen Rangka Kerja 10-10 MySTIE,” katanya.

Tambahnya, melalui rangka kerja itu, rakyat Malaysia dapat mengaplikasikan bidang STI bagi membolehkan warisan, kebudayaan dan kesenian yang unik di negara ini akan sentiasa dijaga rapi di samping meningkatkan kebolehpasaran warisan serta seni budaya di peringkat global.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular