HomeIsu tempatanPemberian Vaksin Di Klinik-Klinik Kesihatan Langkah Baik Bantu Capai Sasaran Imuniti Kelompok

Pemberian Vaksin Di Klinik-Klinik Kesihatan Langkah Baik Bantu Capai Sasaran Imuniti Kelompok

Read Time:1 Minute, 21 Second

TAMPARULI: Inisiatif bagi melaksanakan program pemberian vaksin di klinik-klinik kesihatan merupakan satu langkah yang baik dalam membantu mempercepatkan sasaran imuniti kelompok dikalangan rakyat di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia juga berupaya membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang giat dilaksanakan di seluruh negara.

“Pada hari ini (kelmarin) saya meninjau proses pemberian vaksin kepada penduduk di Klinik Kesihatan Tenghilan dan usaha ini amat baik kerana memudahkan penduduk setempat.

“Saya difahamkan inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat dan sudah pasti sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dapat dicapai dengan lebih cepat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau proses vaksinasi tersebut di Klinik Kesihatan Tenghilan, disini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tenghilan, Raisin Gagah dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tenghilan, Dr Penny Marcus.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut memuji para petugas proses vaksinasi berkenaan yang melaksanakan penugasan serta mengurus pemberian dengan sangat teratur.

“Justeru saya menyeru orang ramai untuk segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Raisin Gagah berkata, program itu menyasarkan seramai 100 penerima vaksin kelmarin.

“Manakala esok (hari ini) dijangka seramai 500 penduduk lagi akan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Penerima vaksin, Suzan@Chang Fui Yean, 41, dari Kampung Menguwou Topokon, berkata, pada mulanya beliau agak risau untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

“Tetapi sekarang saya tahu bahawa vaksin ini bukan sahaja dapat melindungi diri, malah juga keluarga dan orang lain.

“Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan vaksin kepada seluruh masyarakat di Tamparuli,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular