HomeUtamaKota Belud Capai 31 Peratus Pemberian Vaksin COVID-19

Kota Belud Capai 31 Peratus Pemberian Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA BELUD: Sebanyak 31 peratus daripada 70,000 populasi penduduk berumur 18 tahun ke atas di Kota Belud telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos 1 dan dos 2.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Arsad Bistari berkata, kira-kira 36 peratus daripada populasi penduduk juga telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin itu. 

“Jumlah ini masih kurang berbanding daerah-daerah lain di Sabah dan ini memerlukan kerjasama serta komitmen bukan sahaja daripada pemimpin, tetapi daripada masyarakat  itu sendiri.

“Sebagai usaha meningkatkan jumlah itu, kita akan terus meningkatkan kesedaran dan mengadakan program-program di semua kawasan agar masyarakat tidak tercicir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan percuma oleh pihak kerajaan.

“Program-program sebegini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan vaksin demi melindungi diri dan keluarga, seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya ketika ditemui media dalam Program Outreach CITF Daerah Kota Belud di Dewan Terbuka Kampung Kaguraan, pada Sabtu.

Program yang berlangsung selama dua hari itu memperuntukkan 1,900 dos vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada masyarakat sekitar yang melibatkan lebih 40 buah kampung.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Pintasan, Fairuz Renda, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Pegawai Daerah Kota Belud, Diana Abdullah./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya