HomeUtamaTahap pematuhan SOP yang tinggi dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 - Masidi

Tahap pematuhan SOP yang tinggi dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 – Masidi

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 818 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 79,470 kes, namun dua kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Tawau dan Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata seluruh daerah di negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID -19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 364 kes daripada Saringan Kontak Rapat.

“Masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Penyumbang utama kes pada hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat iaitu 364 kes atau 44.50% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah, diikuti Saringan Kluster Sedia Ada dengan 148 kes atau 18% dan Saringan Bersasar sebanyak 104 kes atau 12.71% dimana 23 kes dari jumlah itu direkod sebagai yang tertinggi di daerah Kunak, manakala Sarıngan Bergejala menyumbang kepada 103 kes atau 12.59%,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 35 kes, iaitu Papar 37 kes, Tuaran 44 kes, Beluran 44 kes, Tawau 55 kes, Sipitang 57 kes, Beaufort 66 kes, Keningau 69 kes, Penampang 77 kes dan Kota Kinabalu 167 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 80.2% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 344 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom manakala Kategori 2 iaitu sebanyak 312 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild), namun kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Masidi sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi oleh rakyat Sabah untuk membendung penularan kes Sabah yang semakin meningkat.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular