HomeIsu tempatanBilik info salur maklumat berkaitan bantuan, kemudahan usahawan wajar dibuka

Bilik info salur maklumat berkaitan bantuan, kemudahan usahawan wajar dibuka

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebuah bilik info bagi menyalurkan maklumat berkaitan bantuan atau kemudahan kepada usahawan khususnya golongan wanita di negeri ini wajar dilaksanakan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan.

“Demi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan usahawan khususnya golongan wanita, satu bilik info bagi memberi maklumat berkaitan bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan negeri mahupun Persekutuan wajar dibuka.

“Justeru, saya meminta agar Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dapat melaksanakan cadangan ini dimana kitab oleh meletakkan satu atau dua pegawai bagi memberi penerangan kepada mereka yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Sistem Aplikasi D-Ledger di Wisma Wanita di sini hari ini.

James berkata, beberapa kementerian terlibat telah menyediakan pelbagai bantuan, geran atau dana bagi membantu para usahawan yang berminat.

“Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diperingkat Persekutuan banyak menyediakan bantuan atau geran.

“Namun ada sebahagian dari usahawan ini kadang-kadang mereka tidak tahu sedangkan geran yang disediakan itu baik untuk usahawan kita terutama mereka yang berada diluar bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEWA Sabah Haslina Ismail ketika berucap berkata, aplikasi sistem D-Ledger untuk telefon pintar jenis android sudah diwujudkan.

Katanya, kini usahawan lebih mudah untuk mengakses sistem berkenaan di mana juga berada hanya memerlukan telefon pintar serta kemudahan internet.

“Usaha JHEWA untuk memperluaskan penggunaan sistem berkenaan dalam kalangan usahawan adalah dengan turun padang secara bersemuka di Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Tawau, Keningau dan beberapa buah daerah lagi.

“Usaha masih diteruskan agar perkhidmatan ini dapat dicapai kepada usahawan secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular