HomeUtamaTiada bukti kerajaan Filipina terlibat dalam tuntutan Kumpulan Sulu: PM

Tiada bukti kerajaan Filipina terlibat dalam tuntutan Kumpulan Sulu: PM

Read Time:1 Minute, 27 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Tiada bukti penglibatan dan campur tangan Kerajaan Filipina dalam isu tuntutan Kumpulan Sulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semakan kita setakat ini, tiada bukti penglibatan Kerajaan Filipina dengan tuntutan itu… saya juga ada perundingan dua kali dengan Presiden Filipina, Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr dan perkara ini tentu kita singgung tapi ia tidak melibatkan Kerajaan Filipina.

… pendirian Kerajaan Malaysia tegas, mereka (Filipina)  tahu, walaupun hubungan dua hala masih baik, tuntutan (Kumpulan Sulu) masih ada , namun tak menjejaskan kepentingan Sabah sebagai wilayah merdeka, berdaulat bersama Malaysia,” kata beliau pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata soal Kerajaan Filipina enggan menubuhkan Pejabat Konsul mereka di Sabah tidak sama sekali mempengaruhi keputusan bahawa Sabah kawasan mutlak Malaysia.

Anwar turut memberi jaminan, kerajaan akan mempertahankan hak serta kedaulatan negara dan melawan setiap “serangan” kumpulan itu.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab pandangan beberapa Ahli Parlimen berhubung sesi penjelasan Anwar mengenai tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) membangkit sama ada terdapat penglibatan Kerajaan Filipina terhadap tuntutan kumpulan berkenaan serta keengganan republik itu membuka Pejabat Konsul di Sabah.

Pada sesi penerangan itu, Perdana Menteri antara lain menegaskan kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan menurut undang-undang terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan Kumpulan Sulu.

Anwar berkata Kerajaan Malaysia juga akan terus mara dan berjuang habis-habisan demi memelihara dan melindungi kepentingan dan kedaulatan negara. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular