HomeIsu tempatanEnam mangsa perempuan cedera dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu

Enam mangsa perempuan cedera dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu

Read Time:47 Second

LAHAD DATU: Enam mangsa perempuan cedera terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Seri Perdana dekat sini malam tadi (16 Jun).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.42 malam tadi (16 Jun).

“Sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Perodua Bezza, Nissan Grand Livina dan Proton Pesona berlanggar sesama sendiri.

“Terdapat lima orang mangsa perempuan berada di dalam Perodua Bezza dan seorang pemandu perempuan kenderaan Nissan Grand Livina yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam seterusnya dihantar ke Hospital Lahad Datu.

“Manakala seorang pemandu bersama dua orang penumpang yang kesemuanya juga perempuan menaiki Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan memastikan tiada keberbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 malam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular