HomeIsu tempatanPusat Latihan Komuniti YADIM bakal beroperasi di Tuaran

Pusat Latihan Komuniti YADIM bakal beroperasi di Tuaran

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal mewujudkan Pusat Latihan Komuniti YADIM di Sabah.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, lebih kurang RM500,000 diperuntukkan kepada pusat tersebut yang akan mula beroperasi pada penghujung tahun ini di Tuaran.

“Pembinaan pusat komuniti tersebut menerima dana bantuan daripada ‘Rabitah Alam Islami’ sebuah Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kerajaan Arab Saudi yang disalurkan kepada YADIM.

“Matlamat utama pusat ini adalah bagi melahirkan modal insan yang lebih berkualiti melalui program-program keagamaan anjuran YADIM dengan kerjasama agensi-agensi agama di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Hasanuddin berkata, pusat ini akan beroperasi sebagai pusat latihan keagamaan khususnya kepada saudara-saudara baru serta pusat tarbiah bagi masyarakat Islam untuk mendalami ilmu keagamaan.

Mengulas lanjut tentang pusat tersebut, Hasanuddin yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, pusat tersebut akan menempatkan ruang pejabat, pusat latihan dan asrama bagi kemudahan para petugas, penceramah serta peserta-peserta kursus. 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin,  Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Sainuri Yahmin serta Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular