HomeUtamaKetua Menteri akan bincang dengan Shell Malaysia isu penutupan stesen minyak

Ketua Menteri akan bincang dengan Shell Malaysia isu penutupan stesen minyak

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan bertemu dengan Shell Malaysia untuk membincangkan isu 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan akan ditutup awal tahun hadapan.

“Saya sedar situasi itu dan akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman untuk mengetahui lebih lanjut keadaan dan nasib peruncit yang terjejas di Sabah dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shell Timur Sdn Bhd, yang mengendalikan kiosk Shell di Sabah dan Labuan telah mengesahkan ia akan menutup beberapa stesen runcit yang kurang produktif di Malaysia Timur untuk mengekalkan
prestasi syarikat dan semakan akan berterusan.

Dilaporkan bahawa stesen minyak yang terjejas ialah sepuluh di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan, dan masing-masing satu di Likas, Telipok dan Kuala Penyu.

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular