HomeIsu tempatanSUKAN : Sabah FC Perlu Raih 3 Mata Menentang Sri Pahang FC...

SUKAN : Sabah FC Perlu Raih 3 Mata Menentang Sri Pahang FC Malam ini

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC perlu memenangi perlawanan menentang pasukan Sri Pahang FC di Stadium Likas dalam saingan Liga Super malam ini.

Pengarah Sabah FC Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, kelebihan bermain di tempat sendiri sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan untuk mengutip mata penuh.

Katanya, perlawanan malam ini memberi peluang terbaik dan tidak harus dipersia-siakan untuk meraih tiga mata penuh.

“Para pemain seharusnya menggunakan setiap peluang yang hadir bagi memastikan kemenangan memihak pasukan kita. Setiap pemain harus melupakan kekalahan menentang PJ City FC di Stadium MBPJ Petaling Jaya, Sabtu lepas dan fokus dengan perlawanan malam ini.

Pemain Import Dari Indonesia Saddil Ramdani antara yang menjadi sandaran Sabah FC – FOTO IHSAN : MAHA

“Kesilapan di penghujung perlawanan dengan PJ City FC tidak harus berulang. Gol tunggal pada minit akhir itu menyebabkan pasukan kehilangan mata,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Gol kemenangan PJ City FC itu dijaringkan pemain gantiannya Sunil Chandran pada minit ke-89 sekali gus memusnahkan impian Sabah FC untuk membawa pulang mata.

Jelani berkata, pemain juga harus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam setiap perlawanan untuk membolehkan pasukan mampu memberi saingan kepada pasukan lawan.

“Kita mengharapkan mereka melakukan yang terbaik untuk pasukan dan kalau boleh sentiasa berusaha untuk mencatatkan kemenangan,” katanya.

Katanya, persembahan meyakinkan daripada para pemain sudah tentu sangat diharapkan pihak pengurusan kelab, yang sentiasa menghargai sumbangan mereka dalam pasukan.

“Di pihak pengurusan sentiasa menyuburkan suasana kondusif kepada para pemain termasuk menyediakan gaji yang berbaloi dengan keperluan dan khidmat mereka.

“Sebab itu, kita mengharapkan prestasi yang meyakinkan daripada mereka. Sekiranya keadaan yang sebaliknya, secara jujurnya ia sudah tentu mendorong kita untuk membuat semakan semula status pemain termasuklah penamatan kontrak mereka selepas ini,” katanya.

Selepas perlawanan dengan Sri Pahang FC, Sabah FC sekali lagi akan beraksi di luar menentang pasukan Terengganu FC di Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pada Ahad ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya