HomeIsu tempatanPemandu maut gagal memotong, kenderaan bertembung lori tanker

Pemandu maut gagal memotong, kenderaan bertembung lori tanker

Read Time:2 Minute, 2 Second

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu gagal memotong dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang menyebabkan kemalangan di jalan kilometer 10 jalan Lahad Datu – Sandakan dekat sini pada Sabtu (1 Julai).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian dan katanya kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi (1 Julai) di jalan kilometer 10 jalan Lahad Datu – Sandakan.

“Kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Lahad Datu ke Sandakan dan sebuah lori jenis Hino Yamaha yang
datang dari arah yang sama serta sebuah lori muatan jenis tanker yang datang dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu.

“Dalam kejadian ini kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dewasa berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal masuk semula ke laluannya dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang datang dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang lelaki dewasa berusia 63 tahun.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala, pemandu kenderaan lori jenis Hino dan pemandu kenderaan lori muatan tanker terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rohan berkata, mayat mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda yang telah cuba memotong kenderaan di hadapan dan gagal masuk semula ke laluannya dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, pihak polis mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu kenderaan lori muatan tanker terbabit tidak disyaki dipengaruhi dadah atau alkohol.

“Walau bagaimanapun, sampel darah telah diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat Di Bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sehubungan Dengan Itu, Dr Rohan memberikan nasihat kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sedia ada serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu kerana “malang tidak berbau” agar tidak membahayakan nyawa kepada pengguna-pengguna jalan raya lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular