HomeUtamaRentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN

Rentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN

Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yang berada di Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali untuk tujuan yang dibenarkan termasuk bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang mahu merentas negeri dan daerah bagi tujuan vaksinasi perlu menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan mesej daripada khidmat pesanan ringkas.

“Hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan asas dalam lingkungan 10 kilometer radius daripada kediaman, manakala untuk mendapatkan rawatan perubatan dan vaksinasi hanya tiga orang termasuk pesakit dibenarkan bagi tujuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penganjuran aktiviti sosial yang menyebabkan kehadiran ramai orang dan menyukarkan penjarakan fizikal juga masih dilarang. 

“Masyarakat diharap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan. Usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan PPN,” katanya. Acryl Sani berkata pihaknya kekal komited dan akan terus memantau pematuhan SOP demi keselamatan masyarakat dan mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan dan SOP yang ditetapkan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular