HomeIsu tempatanIbu bawa bayi ke PPV untuk terima vaksin

Ibu bawa bayi ke PPV untuk terima vaksin

Read Time:56 Second

RANAU: Meskipun mempunyai anak yang baru lahir berusia tiga bulan, ia tidak menghalang buat seorang ibu Adyrinah Sauti, 34, untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau.

Katanya yang telah menerima tarikh janji temu penerimaan vaksin itu mengakui rasa teruja untuk hadir bagi menerima vaksinasi COVID-19.

“Meskipun saya risau dengan situasi pandemik sekarang, saya tiada pilihan dan terpaksa membawa anak kecil ini kerana dia perlu diberikan penyusuan.

“Jika ditanya perasaan saya apabila menerima vaksin ini, memang saya akui ia sesuatu yang amat penting dan berharga kerana ia adalah demi kebaikan sendiri, keluarga dan komuniti,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Ibu yang berasal dari Kampung Tinanom, terletak kira-kira 85 kilometer dari Pekan Ranau itu menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer.

Bagaimanapun, bayi Adyrinah yang diberi nama Edna Jarry tidak menangis dan berasa selesa semasa berada di PPV tersebut.

Terdahulu, seramai hampir lebih 900 orang penduduk sekitar daerah ini hadir mendapatkan dos suntikan pertama di PPV berkenaan yang bermula kelmarin.

Penduduk yang hadir juga mula tiba di PPV berkenaan seawal jam 6.30 pagi selain ada yang turut menerima vaksin dos kedua.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya