HomeIsu tempatanIPG Kampus Gaya diharap dapat menjadi institut latihan bertaraf dunia

IPG Kampus Gaya diharap dapat menjadi institut latihan bertaraf dunia

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya diharap dapat terus menjadi institut latihan guru yang unggul melalui program pembangunan dinamik bertaraf dunia.

Pengarahnya Dr. Gerturude Jock berkata, sepanjang 60 tahun penubuhan institut tersebut, telah ramai tokoh dan individu yang berjaya dilahirkan khususnya dalam arena pendidikan.

“Justeru, pihak kami telah sedaya upaya mengumpul tokoh-tokoh dan individu yang berjaya pada malam ini untuk bersama-sama meraikan kejayaan yang gilang-gemilang.

“Majlis juga diadakan bagi menyambut ulang tahun penubuhan IPG Gaya ke-60 yang dibuka pada 4 Julai 1963 dan dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Gaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Intan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, di sini kelmarin.

Majlis yang dihadiri lebih 300 warga pendidik tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Sabah dan turut disertai mantan-mantan Pengarah Pendidikan Sabah yang juga alumni kampus tersebut.

Dr. Gerturude berkata, sambutan tersebut juga diadakan bagi mengenang detik bersejarah penubuhan The Malay Women’s Training College sebagai maktab perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1935.

“Program ini bermatlamat untuk menelusuri fasa-fasa perkembangan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam mengendalikan latihan perguruan sepanjang 75 tahun penubuhannya dan secara tidak langsung, mampu memacu pencapaian pendidikan guru IPGM selaras perkembangan serta transformasi pendidikan abad ke-21,” katanya.

Turut hadir, alumni IPG Gaya, Datuk Seri Hasbullah Taha dan Datuk Muhiddin Yusin, Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mantan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, Datuk Kamal DE Quadra dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih.

Hadir sama Reaktor IPGM, Dr Rosli Yacob serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Muarifin Sufianto Mohcoeri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular