HomeIsu tempatanHUMS laksana program kesihatan KPT Prihatin KRIS di Long Pasia

HUMS laksana program kesihatan KPT Prihatin KRIS di Long Pasia

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menerusi Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) mengadakan Program Kesihatan di Kampung Long Pasia, Sipitang baru-baru ini. 

Menurut Ketua Pasukan Perubatan, Dr. Yung Chee Tien, Program KRIS kali ini merupakan sebuah program klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada golongan sasar iaitu golongan luar bandar dan pedalaman. 

“HUMS merupakan salah sebuah institusi perubatan yang antara lain berperanan untuk memberikan perkhidmatan rawatan serta perkongsian ilmu kesihatan di kawasan penduduk yang terhad dalam akses fasiliti perubatan. 

“Untuk itu pada program ini, seramai 24 kakitangan HUMS menjadi sukarelawan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Jururawat telah menjayakan program ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Dr. Yung Chee, sambutan yang diterima sepanjang tiga hari di Kampung Long Pasia amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 240 penduduk. 

“Selain meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan secara menyeluruh, program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah jalinan kukuh antara HUMS dengan penduduk di sana. 

“Penganjuran program ini juga selari dengan moto HUMS iaitu “Transforming Healthcare” dengan matlamat untuk meningkatkan taraf kesihatan kawasan luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan kebolehcapaian kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk masyarakat setempat di Sabah,” jelasnya lagi. 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof yang turut hadir dalam program tersebut menyambut baik inisiatif HUMS berkenaan. 

“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi sekali gus memberikan manfaat kepada komuniti terutama masyarakat di luar bandar dan pedalaman Sabah khususnya dalam aspek kesihatan,” ujar beliau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular