HomeIsu tempatanProgram 'Miracle on FSSK' bantu ceria, lestarikan fakulti

Program ‘Miracle on FSSK’ bantu ceria, lestarikan fakulti

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu: Program ‘Miracle On Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)’ Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaksanakan di sini baru-baru ini dilihat mampu menceriakan  dan melestarikan kawasan fakulti.

Pengarah Program Miracle on FSSK, Muhammad Afif berkata, aktiviti yang dilaksanakan pelajar tahun akhir program Komunikasi di UMS itu juga berjaya memupuk semangat kerjasama antara ahli terlibat.

“Saya berbincang dengan ahli-ahli projek yang lain tentang cara yang paling berkesan untuk memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar.

“Aktiviti yang dijalankan dalam program ini juga mampu memupuk semangat kerjasama semua ahli kumpulan bagi memastikan semua yang telah ditetapkan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, ketua projek keceriaan, Nur Faezah Roslan berkata, perbincangan antara ahli terlibat turut diadakan bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar dan siap dengan cepat.

“Saya dan pasukan berbincang secara beramai-ramai dan kami meminta rakan-rakan yang lain turut serta dalam membantu kami supaya menjadi lebih cepat.

“Dalam hal ini, semangat kerjasama yang wujud dalam diri pelajar merupakan nilai yang amat berharga dalam konteks masyarakat kini terutama dalam alam pekerjaan. Semangat kerjasama ini membolehkan mereka beradaptasi dengan dunia luar yang semakin mencabar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penggunaan teknologi terkini pemangkin kelestarian hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular