HomeIsu tempatanKarnival STEM 2023 berjaya lonjak pencapaian pelajar

Karnival STEM 2023 berjaya lonjak pencapaian pelajar

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2023 kepada generasi muda mampu melonjakkan pencapaian pelajar dalam bidang berkenaan.

Karnival yang dianjurkan sejak Mac lalu oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan pelajar sekolah.

Program itu antara lain bertujuan menyuburkan bidang STEM kepada generasi muda khususnya di Sabah.

Di samping itu, ia juga bagi memupuk semangat berinovasi dalam diri para pelajar serta memberikan inspirasi anak-anak dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

Majlis perasmian penutupannya disempurnakan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, di sini.

Menurut Kasim, program itu amat memberangsangkan dengan 61 penyertaan dalam pertandingan Young Sci-Show Competition yang melibatkan sekolah dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Syabas dan tahniah juga kepada PPST kerana telah berperanan penting dalam menawarkan pengajian di peringkat pra-u dalam bidang STEM dan sekali gus mempromosikan bidang STEM kepada mereka.

“Diharapkan agar pendedahan STEM kepada pelajar dipelbagaikan dan peluang perlu sentiasa diberikan untuk mereka menerokai banyak konsep berkaitan dengan STEM,”  katanya.

Untuk rekod Karnival STEM 2023 diadakan bermula Mac secara dalam talian, kemudian bersambung pada Mei secara hibrid, dan kemuncak pada bulan Ogos secara fizikal di PPST. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular