HomeUtamaAmaran Motac: Majlis Daerah Semporna ambil tindakan segera

Amaran Motac: Majlis Daerah Semporna ambil tindakan segera

Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memandang serius amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Tiong King Sing bahawa kementerian melalui agensinya akan mengeluarkan “notis merah” sebagai langkah terakhir memberi amaran kepada pengunjung supaya tidak pergi ke Semporna jika aduan pelancong tidak diselesaikan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, aspek kebersihan awam, kesihatan dan keselamatan di kawasan bandar adalah dalam bidang kuasa Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah, manakala Taman Laut Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan (terletak jauh dari bandar) adalah di bawah bidang kuasa Taman -Taman Sabah (salah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan ia dijaga sebersih mungkin.

“Kami sedang mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya telah melaporkan kes itu kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) yang telah mengarahkan pihak berkenaan mengambil tindakan pembaikan.

“Pada Jumaat (18 Ogos), Majlis Daerah Semporna mengeluarkan laporan sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh Menteri Persekutuan pada Khamis (17 Ogos),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan itu mengandungi penjelasan dan menyentuh situasi sebenar yang perlu diberi perhatian agar masalah yang diketengahkan oleh Menteri Persekutuan tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di Semporna secara keseluruhannya.

Menurut Tiong, aduan pelancong tertumpu kepada kebersihan yang tidak baik, kebersihan yang tidak memuaskan (contohnya, sampah bertaburan di pelbagai tempat), kes keracunan makanan, serangan serangga perosak dan perkhidmatan hospitaliti yang lemah.

Beliau juga telah meminta Motac Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta pihak berkaitan yang terlibat mengemukakan cadangan dan pelan tindakan bagi menyelesaikan aduan itu dalam tempoh tiga hari.

Menurut Christina, laporan Majlis Daerah Semporna menyatakan isu yang dibangkitkan tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana kejadian keracunan makanan dianggap sebagai kes terpencil. Tambahan pula, maklum balas positif daripada pengunjung menunjukkan tahap kebersihan di daerah ini telah meningkat dengan ketara berbanding sebelum ini.

“Bagaimanapun, Majlis Daerah mengaitkan sampah terapung di sekitar pulau-pulau luar pesisir itu sebagai pembuangan sampah sembarangan oleh perkampungan atas air di kawasan pantai, sambil menambah bahawa rancangan sedang dibuat untuk meningkatkan kekerapan aktiviti pembersihan marin,” katanya.

Pada masa ini, langkah sedang diambil untuk memindahkan setinggan dengan tujuan meminimumkan risiko pembuangan sampah di perairan, kata Majlis Daerah itu, sesi bertemu penduduk akan diadakan untuk penduduk pulau untuk mendidik mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan perairan di Semporna.

Berdasarkan laporan itu, Christina berkata, Majlis Daerah akan mempergiatkan usaha memastikan kebersihan premis perniagaan dan persekitaran melalui unit operasi luarannya.

Katanya, pekeliling akan diedarkan kepada semua pengusaha premis perniagaan seperti kedai makan dan kemudahan penginapan (hotel, resort dan homestay) bagi meningkatkan tahap kebersihan mereka. Akan ada sesi pertemuan dengan semua pemilik perniagaan esok (Isnin), melibatkan 200 hingga 300 peserta.

Sehingga kini, Pegawai Kesihatan Daerah telah memeriksa 397 kedai makan, dan mengeluarkan notis kompaun atas pelbagai kesalahan, menurut laporan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular