HomeIsu tempatanIPG Gaya lokasi terakhir konvoi KMJG 2023

IPG Gaya lokasi terakhir konvoi KMJG 2023

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu menjadi lokasi terakhir persinggahan seterusnya menutup Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada tahun ini.

Lebih 800 warga IPG Kampus Gaya turut memeriahkan majlis penutupan KMJG dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, konvoi KMJG  menyatukan pelbagai agensi yang terlibat terutamanya badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam mendalami semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.

“Program KMJG yang berakhir pada hari ini bermaksud kita ada 11 hari lagi untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, saya sangat gembira kerana dijemput oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dalam merasmikan majlis penutupan ini.

“Saya melihat sambutan program ini sangat baik kerana penglibatan bukan hanya dari agensi kerajaan tetapi pihak swasta juga melibatkan diri dalam program KMJG ini.

“Macam mana untuk kita menunjukkan semangat patriotik adalah dengan membeli dan mengibarkan jalur gemilang di premis-premis, rumah dan pejabat yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui JaPen Sabah yang kita lakukan bagi masyarakat setempat,” katanya selepas merasmikan penutupan KMJG di Dewan IPG Kampus Gaya, di sini Ahad lalu.

Chan turut menyarankan agar agensi swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan untuk melakukan program kira detik (countdown) pada 31 Ogos 2023 tentang pentingnya tarikh tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular