HomeIsu tempatanInstitusi pendidikan main peranan bentuk karektor, nilai diri murid

Institusi pendidikan main peranan bentuk karektor, nilai diri murid

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk karektor, tingkah laku serta nilai diri murid bagi menjadi insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin berkata, komunikasi dan tindakan antara semua pihak berautoriti dan berkepentingan  bersama pihak sekolah perlu lebih cekap dan telus dalam memberi penekanan kepada aspek ‘karamah insaniah’ melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. 

“Pembentukan akhlak, adab dan nilai bagi memastikan hasrat ingin menjadikan anak-anak bangsa menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) maka beberapa program telah dirancang untuk dilaksanakan bagi tahun ini. 

“Melalui peruntukan yang diturunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti ini, usaha-usaha yang dirancang ini dapat dilaksanakan kepada kumpulan murid sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Remaja Unggul Aspirasi Negara Peringkat JPNS 2023 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNS Muddin Beting.

Raisin berkata, KPM juga terus komited dan prihatin serta sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pendidikan pencegahan berkaitan vape, rokok, dadah dan buli kepada murid-murid sekolah.

Beliau turut menyeru agar semua warga pendidik berganding bahu membanteras penyalahgunaan dadah dan menyalurkan para pelajar pada saluran yang betul ke arah melahirkan generasi terampil yang sihat sejahtera dan menyokong penuh konsep SekolahKu Sejahtera.

Terdahulu, seramai 200 orang peserta terdiri dari murid tahun enam dan tingkatan tiga menyertai seminar itu dan ia turut melibatkan sebanyak 20 buah sekolah rendah dan menengah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular