HomeIsu tempatanSantai Ride erat silaturrahim, pupuk semangat cintakan negara

Santai Ride erat silaturrahim, pupuk semangat cintakan negara

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 70 pengayuh dan penunggang motorsikal di Kampung Warisan, Darau di sini memeriahkan Sambutan Hari Malaysia dengan penganjuran ‘Santai Ride’ awal pagi tadi.

Kayuhan yang dianjurkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau itu melibatkan kayuhan mengelilingi kampung sekitar sejauh lima kilometer.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat DUN Darau Datuk Razali Razi berkata, program seumpama itu dilihat dapat memupuk satu semangat kecintaan kepada negara khususnya pada sambutan Hari Malaysia.

“InsyaAllah program seumpama ini akan kita teruskan pada masa-masa akan datang agar kita dapat ingat bahawa 16 September itu wujud sebagai satu hari yang bersejarah untuk negara kita.

“Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, lapisan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dapat merasai apa itu Hari Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Santai Ride itu di sini hari ini.

Razali berkata, beliau turut berbangga dengan sambutan yang diterima meskipun ianya pertama kali dianjurkan dan mahu ianya lebih meriah pada tahun akan datang.

“Penglibatan orang muda dalam sambutan seperti ini sangat-sangat penting sebab kita perlu memupuk semangat atau kesedaran dan kefahaman bahawa hari-hari seperti ini adalah hari-hari bersejarah yang perlu difahami dan perlu dirasai oleh lapisan belia,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Ompin Danin berkata, kayuhan yang diadakan itu adalah bagi mengumpul masyarakat dan memberi kesedaran patriotisme kepada masyarakat kampung bagi memperingati hari bersejarah negara.

Ompin Danin

“Sebenarnya anjuran ini adalah kali pertama kita anjurkan bagi kawasan DUN Darau ini dan saya sangat-sangat berharap anjuran ini akan berterusan ke tahun-tahun akan datang,” katanya.

Bagi peserta kayuhan Nur Syafiqah Samsudin mengakui program itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan keluarganya yang turut sama menyertai program berkenaan.

Nur Syafiqah Samsudin

“Saya datang dengan keluarga saya, kami memang rancang setiap hujung minggu berbasikal tapi kali ini lebih menarik sempena Hari Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular