HomeIsu tempatanEksesais Malbru Setia, Mertak Bersatu tingkat kerjasama Malaysia dan Brunei

Eksesais Malbru Setia, Mertak Bersatu tingkat kerjasama Malaysia dan Brunei

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Belud : Pelaksanaan Eksesais Malbru Setia Siri 15/23 dan Mertak Bersatu Siri 13/2023 telah berjaya meningkatkan kerjasama dan hubungan akrab antara Malaysia dan Brunei khususnya dalam menjamin keselamatan dan keamanan di rantau ini.

Latihan yang diadakan bertempat di Lapang Sasar Udara Kota Belud itu telah disempurnakan Panglima 5 Bgd, Brig Jen Mohd Sobirin Mohd Yusof dan turut dihadiri Pemerintahan Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Lt Kol Mohammad Fakaruddin Zuraidie Ramli di sini semalam.

Eksesais Malbru Setia Siri 15/23 merupakan eksesais kali kedua dilaksanakan di negeri ini semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1993 manakalan bagi Eksesais Mertak Bersatu Siri 13/2023 ianya adalah merupakan kali yang ketiga semenjak 1994.

Eksesais Malbru Setia Siri 15/23 merupakan latihan berkonsepkan Field Traning Excersais – Fasa Ofensif (Conventional Warfare) iaitu mengatugerakkan Batalion Ke – 22 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama 1 Komp dari Batalion Kedua dari TDDB. Eksesais ini dibantu oleh kumpulan armor, Artileri dan Elemen Jurutera.

Bagi Eksesais MERTAK BERSATU Siri 13/23 adalah latihan berkonsepkan latihan menembak mortar di Lapang Sasar Udara 2 (LASARUD 2) yang melibatkan 1 Platun dari TDM dan 1 Platun TDDB.

Objektif pelaksanaan latihan ini adalah untuk menguji pemerintah dan staf di peringkat Batalion Infantri dan Pasukan gabungan dalam operasi gabungan sekaligus meningkatkan keupayaan kedua-dua negara bagi melaksanakan operasi di dalam konteks peperangan konvensional.

Terdahulu, Mohd Sobirin ketika berucap berkata, latihan seumpama itu akan dapat menilai tahap kesiagaan semua pihak dari segi taktik, teknk dan prosedur.

Katanya, ia secara langsung akan meningkatkan lagi tahap profesionalisma dan latihan itu juga dapat mengenalpasti beberapa kelemahan khususnya perkara asas yang perlu diasah dan dipertajamkan lagi.

“Dunia semakin berubah, teknologi semakin canggih, peralatan dan aset ketenteran juga semakin berkemampuan.  Walau bagaimanapun jika kita mempunyai secanggih mana pun aset ketenteraan dan senjata tetapi kita tidak mapu untuk menggunakannya, semua akan menjadi sia-sia.

“Justeru secara peribadi saya suka mengambil kesempatan untuk menyeru semua untuk membuat penilaian ke atas apa yang telah dilaksanakan dan kenalpasti kelemahan,” katanya.

Terdahulu, Panglima 5 Divisyen Mej Jen Malek Razak Sulaiman turut hadir menyaksikan Demonstrasi tembakan tidak langsung bagi Rancangan Tembakan Operasi Ofensif yang dilaksanakan dengan tembakan senjata Mortar 81 mm dari TDM dan TDDB.

Mej Jen Razak Malek seterusnya diperkenalkan kepada anggota yang terlibat dalam eksesais ini.

Turut bersama sepanjang acara dilaksanakan Panglima 13 Briged, Brig Jen Hashim Osman, Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kol Mohd Imran Ibrahim serta Pegawai-pegawai Kanan di bawah Pemerintahan 5 Divisyen. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular