HomeSukanPiala AFC : Sabah FC langkah kanan tundukkan Hougang United FC

Piala AFC : Sabah FC langkah kanan tundukkan Hougang United FC

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC memulakan aksi pertama Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan langkah kanan selepas menewaskan Hougang United FC 3-1 di Stadium Likas malam ini.

Beraksi di laman sendiri, Sabah FC bermula garang dengan melancarkan serangan awal dan akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama menerusi tandukan pemain import Gabriel Peres pada minit ke-4 selepas menerima bola hantaran Daniel Ting menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Meskipun bermain dalam cuaca hujan, Sabah FC terus mengatur serangan ke gawang lawan dan tidak memberi peluang pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan.

Kehadiran penyokong tuan rumah yang hadir lebih 7,600 terus dihadiahkan gol kedua menerusi jaringan penyerang Darren Lok yang berjaya menolak masuk bola hasil sepakan sudut Saddil Ramdani pada minit ke-37 menjadikan Sabah mendahului 2-0.

Dua minit berselang, pemain Hougang United Kristijan Krajcek hampir menghadiahkan gol pertama pasukan itu pada minit ke-39 namun sepakannya berjaya ditolak keluar penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

Bersambung babak kedua, Sabah FC tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan ke atas kubu pelawat dan hampir menambah gol menerusi beberapa percubaan berbahaya pasukan tuan rumah.

Pasukan pelawat akhirnya berjaya memperoleh gol pertama menerusi jaringan Takayama Kazuma pada minit ke-61 menerusi sepakan percuma menjadikan kedudukan berubah 2-1.

Seminit berselang, tuan rumah berjaya menambah gol ketiga menerusi tandukan Darren Lok pada minit ke-62 selepas menerima bola hantaran Park Taesu menjadikan Sabah mendahului 3-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC akan bertemu PSM Makasar di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada 5 Oktober depan. – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular