HomeIsu tempatanPementasan ‘Muzikal 1963’ gamit kenangan pejuang kemerdekaan Sabah

Pementasan ‘Muzikal 1963’ gamit kenangan pejuang kemerdekaan Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Pementasan ‘Muzikal 1963’ anjuran Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menggamit kenangan perjuangan pemimpin negeri memerdekakan Sabah.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, universiti berperanan sebagai medium dalam membantu negara menerapkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

“Pementasan ‘Muzikal 1963’ merupakan inisiatif UMS dalam membawa rakyat Sabah mengenang kembali perjuangan dan pengorbanan pemimpin dalam membangun negeri Sabah melalui pendekatan yang lebih mudah, interaktif, dan menghiburkan serta memberi impak melalui mesej dan pengajaran yang dimuatkan dalam pementasan malam ini.

“Secara peribadi, pementasan malam ini amat saya nantikan. Saya ingin melihat transisi era kemodenan negeri Sabah dari sudut yang berbeza.

“Ini mencerminkan demokrasi yang subur di negeri ini kerana rakyat Sabah sentiasa meraikan perbezaan. Ia juga memberi isyarat yang jelas bahawa semangat perpaduan di negeri ini amat jitu,” katanya ketika ditemui selepas pementasan selesai di Dewan Resital, UMS.

Rahman berkata, pihaknya berharap pementasan muzikal ini akan mendapat sambutan di samping menyuntik semangat patriotik dalam jiwa masyarakat Sabah.

“Saya juga berharap agar pementasan ini memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kemerdekaan dengan menzahirkan rasa cinta kepada negeri dan negara ini.

“Di samping itu, ia juga diharap dapat menyuburkan ingatan kita mengenai perjuangan pemimpin terdahulu dalam membangunkan negeri kita,” katanya.

Pementasan “Muzikal 1963” akan berlangsung sehingga 23 September 2023 di Dewan Resital, UMS.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket melalui pembelian secara dalam talian di Facebook rasmi Muzikal 1963.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor; Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Aliasgar Basri dan Samasuddin Yusop; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin serta Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anwar Md Dawam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular