HomeSukan26 pasukan sertai kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala UPKO

26 pasukan sertai kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala UPKO

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Belud : Sebanyak 26 buah pasukan telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah bagi Zon A (Kota Belud,Kota Marudu dan Kudat) Piala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu  (UPKO) di Padang Dudan Kampung Piasau di sini semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu telah dirasmikan penutupan oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memuji usaha Exco Pemuda UPKO atas kejayaan menganjurkan kejohanan itu.

Beliau turut menyokong supaya satu pertandingan diadakan di antara juara-juara sembilan Zon seluruh Sabah.

“Pertandingan seumpama ini bukan sahaja membudayakan amalan gaya hidup sihat dan mengukuhkan ikatan persahabatan diantara peserta tetapi dapat mencungkil bakat-bakat golongan belia dalam sukan bola sepak,” katanya.

Karnival Bola Sepak Sembilan Sebelah Bagi Zon A anjuran Exco Pemuda UPKO sempena bulan ‘Hari Malaysia’, diadakan di Padang Dudan Kg.Piasau dan Padang Layu  Kg.Kaung Malaan.

Johan menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua (RM700), ketiga (RM500) dan keempat (RM300). Kesemua pemenang masing-masing menerima sebuah piala dan medal.

Hadiah disampaikan oleh Ewon. Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Kuskop Carl Moosom, Naib Presiden yang juga Ketua Pemuda UPKO Felix Joseph Saang, Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Jolyheme Saran, Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu Jamil Majingkin dan Ketua Pemuda UPKO Kudat Edbery Kohiya.

Sementara itu Felix berkata, setakat ini sebanyak  lima zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C, Zon H dan Zon I  selesai menganjurkan kejohanan itu.

Zon A merangkumi Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat, Zon B (Tuaran dan Sepanggar), Zon C (Penampnag, Kota Kinabalu dan Putatan), Zon H (Beluran, Kinabatangan dan Libaran) dan Zon I pula meliputi Tenom dan Pensiangan.

Felix berkata, kejohanan itu bertujuan menyemarakkan semangat Hari Pembentukan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

“Kita mahu para belia dan generasi baru masa kini memahami dan menghayati sejarah Pembentukan negara kita Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular