HomeUtamaEbi AF5 Positif COVID-19, Mohon Doa Kesihatan Kembali Pulih

Ebi AF5 Positif COVID-19, Mohon Doa Kesihatan Kembali Pulih

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Penyanyi dan pelakon Ebi Kornelis yang positif COVID-19 memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Ebi memuatnaik sekeping gambar swafoto dirinya yang berada di hospital serta memakai pelitup muka.

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Tuhan yang maha besar memiliki segala isi bumi dan langit. Saya dan keluarga sedang diuji dengan COVID-19.

“Mohon doakan kesembuhan saya dan keluarga, bapa dan mama. Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahan ku sama kamu semua sama ada zahir atau batin,” tulisnya.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpa dirinya.

Sabah Media turut meninjau pada ruangan komen rata-rata pengguna Facebook masing-masing meninggalkan komen mendoakan kesihatannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

1 COMMENT

  1. Sangatt bangga denga berita ttg covid yg diderita adik saya Eny Kornelis dan bapa saya . Dari media ini saya jadi tau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya