HomeIsu tempatanAbdul Wafi terima Anugerah Khas Maulidur Rasul kategori pelajar

Abdul Wafi terima Anugerah Khas Maulidur Rasul kategori pelajar

Read Time:59 Second

Beaufort : Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Beaufort, Abdul Wafi Abdul Amir,16, diumum sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul kategori pelajar pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Beaufort di sini hari ini.

Anugerah disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir dan turut dihadiri Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh.

Pemenang johan khat kategori lelaki sempena Pertandingan Khat di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia peringkat Kebangsaan di ibu negara mula bergiat aktif mengikuti pertandingan bermula tahun 2016 sehingga kini.

Turut disampaikan pada majlis itu adalah anugerah Tokoh Maulidur Rasul masing-masing bagi kategori lelaki dan perempuan kepada Sarudi Samalih dan Dg Apsah Binsil.

Terdahulu, Ruslan ketika berucap berkata, pihaknya turut berbangga apabila daerah Beaufort telah berjaya memperolehi beberapa pencapaian yang sangat membanggakan melalui pelbagai program dan pertandingan.

“Selain itu saya juga berbesar hati dengan kampung-kampung yang turut mengimarahkan cinta dalam bulan maulid dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti sempena Maulidur rasul.

“Semoha dengan penganjuran seperti ini dapat menjadi medium untuk meningkatkan kagi kefahaman afama selain menjana kecintaan terhadap junjungan besar baginda Rasulullah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular