HomeUtamaBAP RM150 disalur Januari 2024

BAP RM150 disalur Januari 2024

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid akan mula disalurkan kepada sekolah bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran sekali bayar kepada murid itu akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.

Menurut KPM lagi, bayaran akan diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.

“Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

“Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta untuk meneruskan pelaksanaan BAP berbanding RM450 juta tahun lalu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak RM788,130,000 diperuntukkan untuk BAP 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular