HomeIsu tempatanUMS tingkat kesedaran masyarakat melalui Hari Hutan Antarabangsa

UMS tingkat kesedaran masyarakat melalui Hari Hutan Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) menganjurkan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran masyarakat pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, Sambutan Hari Hutan Antarabangsa tersebut merupakan program tahunan yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Ia bermula pada tahun 2012 dan disambut pada setiap 21 Mac oleh 20 buah negara di seluruh dunia.

“Program tersebut bertujuan untuk menyedarkan seluruh masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya untuk kesejahteraan dan kestabilan alam sekitar,” katanya.

Kasim berkata, Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat UMS kali pertama telah diadakan pada 22 Jun 2022 dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-2, anjuran FPT.

“Pada program kali ini, tema pilihan yang diambil adalah ‘Hutan dan Kesihatan, bertepatan dengan kehendak dan aspirasi rakyat terhadap peranan hutan serta kepentingan hutan yang memberi kita banyak manfaat kepada kesihatan kita.

“Oleh itu, sempena Hari Hutan Antarabangsa pada hari ini, kita menyasarkan untuk menanam sebanyak 200 pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, di sini, baru-baru ini.

Katanya, bagi mencapai sasaran UMS iaitu 200,000 pokok sehingga tahun 2025, beberapa aktiviti akan diteruskan.

“Pada hari ini, semua pelajar baharu tahun satu FPT seramai 160 akan menanam satu pokok satu pelajar dan akan dinamakan sebagai MYTREE.

“Di samping aktiviti menanam pokok, pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang 3 hari bermula hari ini antaranya Syarahan Perdana Profesor Adjung, Perkongsian Ilmu oleh Rakan Strategik dan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara UMS dan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA).

Turut hadir, Pengurus Besar SAFODA, Barul Razha Hj. Chuprat; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; CEO Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd, Abdul Rahman Khan Hakim Khan; Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan SAFODA, Fiona Evelyn Anthony dan Dekan FPT, Profesor Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular