HomeIsu tempatanKolej Vokasional Lahad Datu menang anugerah terbaik PRIN 2023

Kolej Vokasional Lahad Datu menang anugerah terbaik PRIN 2023

Read Time:1 Minute, 25 Second

LAHAD DATU: Kolej Vokasional Lahad Datu dinobatkan sebagai pemenang anugerah terbaik dalam Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 (PRIN 2023).

PRIN2023 merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri.

Keputusan itu diperolehi selepas Kolej Vokasional Lahad Datu mendapat anugerah emas kategori Guru dan Anugerah Pingat Emas kategori IPT/KV.

Produk Inovasi Cufeed A1 dalam kategori guru manakala Produk inovasi Profeed dalam kategori IPT/KV telah diumumkan mendapat anugerah pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Inovasi Cufeed A1 seterusnya diumumkan sebagai pemenang terbaik Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023.

Adib selaku wakil dalam kumpulan inovasi Cufeed A1 menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kerana mendapat anugerah dalam pertandingan yang berprestij tersebut.

Beliau juga menyatakan tunjang bagi kejayaan ini adalah ketua Kumpulan inovasi itu sendiri iaitu Nor Abdi Jaumi.

“Nor Abdi sangat gigih dan komited dalam memperjuangkan inovasi Cufeed A1.

“Beliau juga merupakan innovator yang hebat dan mampu memimpin team kami sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adib, Inovasi Cufeed A1 merupakan inovasi makanan untuk ternakan poltri seperti ayam dan itik serta ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Makanan yang dihasilkan sangat rendah kos namun mempunyai kualiti yang sangat tinggi.

“Selain inovasi Cufeed A1, kumpulan ini juga telah berjaya menghasilkan 48 inovasi lain yang juga telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain peringkat.

“Semoga ianya menjadi suri teladan kepada masyarakat untuk membudayakan inovasi dalam kehidupan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular