HomeUtamaSuruhanjaya Tenaga nafi lulus BESS 100MW di Sabah

Suruhanjaya Tenaga nafi lulus BESS 100MW di Sabah

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga menafikan meluluskan sebarang permohonan untuk membina pemasangan sistem penyimpanan tenaga (BESS) menerusi bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini (20 Okt), suruhanjaya itu berkata ia masih belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk pemasangan BESS 100MW yang berdiri sendiri di negeri ini daripada mana-mana pihak dan oleh itu, tidak dapat meluluskan projek itu.

Semalam menurut laporan berita portal dan cetak, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan pemasangan BESS 100MW sebagai penyelesaian jangka pendek kepada isu bekalan tenaga di negeri itu.

Laporan itu memetik Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau sebagai berkata bahawa perkara itu telah diluluskan oleh suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, tambah suruhanjaya itu dalam kenyataannya meminta semua portal berita untuk membuat pembetulan dalam laporan mereka mengenai perkara itu.

“Dengan hormat diminta semua portal berita yang berkaitan untuk membuat pembetulan yang diperlukan untuk laporan mereka,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian 03-8870 8800, melalui e-mel di [email protected] atau layari laman webnya di www.st.gov.my untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular