HomeIsu tempatanKolej Vokasional Keningau juara keseluruhan Sabah Hospitality Fiesta 2023, Kategori Perantis

Kolej Vokasional Keningau juara keseluruhan Sabah Hospitality Fiesta 2023, Kategori Perantis

Read Time:2 Minute, 10 Second

KENINGAU: Pasukan Kolej Vokasional Keningau dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori perantis (apprentice) yang dipertandingkan semasa program Sabah Hospitality Fiesta yang ke-23 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.

Pasukan KV Keningau yang terdiri daripada 14 pelajar telah menyertai enam kategori yang dipertandingkan dan berjaya menewaskan sembilan institut yang bertanding dalam kategori perantis.

Pasukan tersebut berjaya mengutip satu emas, empat perak dan tiga gangsa dengan kutipan markah keseluruhan berjumlah 70 markah.

Terdapat dua kategori utama iaitu kategori perantis untuk institut-institut pengajian yang menawarkan program hospitaliti dan kategori profesional untuk industri perhotelan dan perlancongan.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu bermula dari 4 hingga 5 November 2023 adalah anjuran bersama Persatuan Hotel Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Association of Hotels (MAH) dan Asian Tourism International (ATI) College.

Satu pingat emas telah dimenangi oleh dua orang pelajar bakeri dan pastri, Aimee Farah Adhirah dan Ashraf Daniel Anuar dalam kategori menghias kek kahwin.

Manakala satu pingat perak berjaya dimenangi dalam kategori ini oleh dua orang pelajar, Clementina Cynthia Moduin dan Angela Rusli, yang juga dari jurusan yang sama.

Dua orang pelajar dari jurusan seni kulinari, Amyra Natasyah Ismail dan Nur Afiqa Muhd Safwan Sajani, telah menyumbang dua pingat perak secara berasingan dalam kategori penyediaan meja makan.

Pingat perak yang keempat berjaya diraih oleh Danial Jauhari Sidar dari jurusan seni kulinari dalam kategori masakan panas kotak hitam manakala seorang lagi peserta dari kolej itu, Faiz Asmaan Hamizan Rujili, mendapat pingat gangsa dalam kategori tersebut.

Pingat gangsa yang kedua diperolehi melalui kategori ukiran buah dan sayur yang diwakili oleh Nur Haziqah Mairah Ah Yuk @ Awang dan pelajar yang terakhir yang telah berjaya menyumbang pingat gangsa adalah Anievizetty Binius yang bertanding dalam kategori masakan panas peringkat profesional.

Kolej Vokasional Keningau yang berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan bagi kategori perantis menerima piala juara dan piala pusingan.

Dalam pada itu, terdapat 20 kategori profesional dan enam kategori perantis telah dipertandingkan. Bagi kategori profesional, sebanyak 24 hotel dan pusat perlancongan telah menyertai kategori tersebut dimana Sutera Harbour Resort telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup, meluahkan rasa bangga dan gembra dengan pencapaian pelajarnya

“Kejayaan ini menunjukkan betapa pentingnya bagi para pelajar di kolej ini untuk memandang serius setiap jenis kemahiran yang dipelajari dan sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pasukan kolej ini dilatih, diurus dan diiringi oleh guru guru dalam bidang hospitaliti Kolej Vokasional Keningau iaitu Saumon Maliki, Saleha Suhaidin, Syuaib Samijan, Erma Gagah, Kimberly V Usit, Nor Ruzaimah Zahari, Siti Yusrina Adnan dan Aleena Ameera Seleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular